terbang tinggi2
الله غياتنا
الرسول قدوتنا
القران دستورنا
الجهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله اسمى أماننا
Thursday, June 17, 2010
Awak, saya nak datang ni~~
Wednesday, June 9, 2010
Menjauhi dosa dan maksiat untuk Qiyamullail
Apabila seseorang Muslim ingin mencapai kemuliaan bermunajat kepada Allah Taala dan menyepikan diri dengan berzikir kepadaNya ketika kegelapan malam, maka dia hendaklah menjauhi perbuatan dosa. Barangsiapa yang dirinya dikotori dosa-dosa, ia tidak akan diberi hidayah untuk berqiyamulail.
Seorang lelaki berkata kepada Ibrahim bin Adham: "Aku tidak mampu untuk berqiyamulail,maka tolong sebutkan kepadaku penawarnya. Lantas Ibrahim bin Adham menjawab :
"Janganlah kamu melakukan maksiat pada waktu siang, nescaya Allah akan membangkitkan kamu di hadapanNya pada waktu malam. Sesungguhnya berdirinya kamu dihadapanNya pada waktu malam adalah antara kemulian yang besar dan penderhaka (yang melakukan maksiat) tidak berhak atas kemuliaan itu"
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Hassan Al Basri "Wahai Abu Said, Sesungguhnya aku bermalam dalam keadaan sehat dan aku cintakan qiyamullail.Dan aku menyediakan air wudhukku, namun mengapa aku tidak bangun?" Maka Hassan Al Basri menjawab,
"Dosa mu telah mengikatmu"
Beliau juga pernah berkata, " Sesungguhnya seorang hamba akan melakukan dosa lalu dia kan diharamkan qiamulail dan jugadiharamkan puasa pada siang hari dengan sebabnya(sebab dosa)"
Fudhail bin Iyadh menyebut: "Apabila kamu tidak mampu untuk bangun qiamullail dan berpuasa siang hari maka ketahuilah bahawa kamudiharamkan dberatkan.Diberatkan oleh dosa-dosamu.
(Dipetik daripada buku Indahnya saat-saat bersamaMu Panduan Praktikal Qiyamulail, karangan Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani dan Ustaz Zahazan Mohamed)
Tuesday, June 1, 2010
worth a read.. LL4G@flotilla freedom!
Thursday, May 27, 2010
nikmat
Thursday, May 13, 2010
sempurnakah solat kita?
apa maksud solat yang di lalaikan??
bila kita mula melewat2 kan solat dan mendahulukan tugasan lain daripada solat... solat asar 3 minit sebelum masuknya solat maghrib, solat maghrib 4 minit sebelum masuknya waktu solat isya'... cuba tanye diri kita.. di mana kita meletakkan Allah dalam hidup kita???
kita selalu mendahulukan kerja2 kita daripada solat... contoh.. weekdays dapat solat subuh awal sebab bangun awal nak pegi kerja.. bile week end, bangun kul 7.30 untuk solat subuh sebab tak kerja... adakah nilai solat itu terletak pada jadual pekerjaan kita? contoh lain, lunch hours pukul 1-2 ptg. masuk zohor: 1.30 tghari. sedangkan di waktu itu kita masih lagi di meja makan untuk lunch.. sampai2 nak dekat pukul 2 baru nak solat.. itu lah jadi solat macam patuk ayam sebab takut bos marah bila masuk kerja lambat.. atau pun, masuk kerja dulu kul 2 tue, keluar balik kul 3 untuk solat zohor.. itu kan dah kire melewat2 kan solat...
Allah telah menegur kita dalam ayat nya, surah attaubah ayat 24:
"katakanlah jika bapak2mu, anak2mu, saudara2mu, istri2mu, keluarga mu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatir kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulnya serta jihad di jalannya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusannya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang fasik"
saya nak highlightkan di baris yang ke dua ayat tersebut.. "perdagangan yang kamu khuwatir kerugiannya"...
wallahualam...
sama2 kita muhasabah balik... kadang kite terlupa tujuan Allah hidupkan kita di muka bumi ini.. Allah takkan mencipta kan sesuatu itu dengan sia2... manusia yang selalu mensia2kan hidup mereka..
Friday, May 7, 2010
Petua Cemerlang :-)
|
Thursday, April 22, 2010
syafakallah, ayah
Thursday, April 15, 2010
ich hab dich lieb! :-)


My Frühling 2!
Semoga Allah ganjari amalan kecil kita ini dengan berlipat kali ganda.
Satu syair berbunyi,
Walaupun dibeban dengan segala kesibukan duniawi
Tetapi masih aku tidak lalai dari mengingatiMu.
Jumpa anda di sana! :-)