terbang tinggi2

الله غياتنا
الرسول قدوتنا
القران دستورنا
الجهاد سبيلنا

الموت في سبيل الله اسمى أماننا

Monday, January 18, 2010

wajarkah tawakal dikala tiada usaha?

tadi tetiba je member kata ade exam.
ingatkan last week cikgu kata wat latihan2 tuk exam je.
walaupon ade lagi 1 tarikh tuk exam tu,
dgn bgga terus nak amik arini.
padan muka xpaham2 pon soklan tu awal.
teringat kat entry ni..

jom, sama2 renungkan..

Realiti

Kata-kata yang biasa kedengaran di saat-saat imtihan akhir (final exam) semakin hampir (2 hari atau lebih..subjektif) . Namun begitu, persoalannya, benarkah begitu mudah untuk melafazkan kalimah tawakal? Benar atau tidak persoalan ini bukanlah ditentukan oleh ana, tetapi biarlah sirah junjungan (saw) menjadi hakim terbaik kepada persoalan ini. Marilah bersama-sama menelusuri peristiwa hijrah baginda (saw).

Peristiwa Hijrah Nabi saw

Umar ra telah pun berhijrah. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Abu Bakar
ra juga ingin turut serta meninggalkan kota Mekah yang penuh fitnah itu. Namun begitu, sudah menjadi kelaziman bagi para sahabat mengutamakan kalam Nabi berbanding pendapat mereka sendiri. Abu Bakar terlebih dahulu meminta izin dari Rasulullah untuk turut berhijrah.

Jawapan daripada baginda adalah agar Abu Bakar bersabar buat sementara waktu kerana baginda masih lagi menunggu kebenaran dari Illahi. Abu Bakar juga memahami akan kehendak Nabi yang menginginkan dirinya menjadi teman hijrah baginda nanti. Abu Bakar telah mengambil inisiatif dengan menyediakan 2 ekor unta untuk tujuan hijrah nanti.

Sehinggalah detik yang ditakdirkan, Allah telah memberikan keizinan buat baginda untuk berhijrah. Pada waktu siang yang panas, Rasulullah datang ke rumah Abu Bakar untuk menyampaikan berita keizinan dariNya. Tanpa berlengah, sepertimana yang diceritakan oleh Aisya ra, beliau bersama saudaranya Asma’ dengan serta merta menyiapkan bekalan buat Rasul dan ayahanda tercinta.

Maka keluarlah baginda bersama Abu Bakar di siang hari menuju ke transit yang pertama di Gua Thur. Baginda dan Abu Bakar bersembunyi di gua tersebut selama 3 malam. Persembunyian ini bukanlah bermaksud terputusnya maklumat baginda dengan dunia luar. Di sinilah letaknya peranan putera Abu Bakar, Abdullah yang dilantik menjadi “informer” selama mana baginda berada di gua tersebut terutamanya perkembangan di kota Mekah.

Demi menghapuskan jejak-jejak Abdullah ke Gua Thur, Amir b. Fuharah, orang suruhan Abu Bakar telah ditugaskan untuk membawa kambing-kambing gembalaannya berhampiran dengan gua Thur. Selain itu, peranan dibawa kambing-kambing itu adalah sebagai pembekal susu kepada Rasulullah dan Abu Bakar.

Takdir Allah mengatasi tadbir manusia. Biarpun perjalanan hijrah baginda dipenuhi dengan strategi, jejak mereka di Gua Thur hampir-hampir diketahui oleh pihak Musyrikin Quraisy. Hampirnya mereka dengan kedudukan baginda menurut riwayat adalah sekiranya mereka (Musyrikin) memandang ke bawah kaki mereka, nescaya ditemui mereka
Rasulullah. Keadaan yang serba cemas ini telah menggugat ketenangan hati sahabat akrab, Abu Bakar. Dengan jiwa yang tenang, Baginda bersabda,

“Wahai Abu Bakar, apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah.” (Sahih Bukhari, bab Sahabat Nabi)

“Jikalau Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkannya. .” (Surah Ali Imran 3:160)

Allah telah mendatangkan bantuan, dengan melupakan sekelian kaum Musyrikin akan kebarangkalian bahawa Rasulullah bersembunyi di dalam gua yang hanya terletak di bawah kaki mereka.

‘Ibrah (pengajaran)

Begitulah ringkasan perjalanan hijrah Nabi saw yang dipenuhi mehnah dan tribulasi. Tidaklah menepati tujuan sirah andainya kita sekadar menjadikan kisah di atas sebagai bahan ilmiah tanpa mengambil iktibar dan bertindak di atas kesedaran iktibar itu. Iktibar apakah yang
terbaik selain dari iktibar Rasulullah?

“…telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu…” (Ahzab 33:21)

Inilah jawapan kepada persoalan tawakal di awal artikel. Lihatlah persediaan hijrah Rasulullah. Dengan kehadiran Abu Bakar sebagai teman, peranan Abdullah b Abu Bakar sebagai “informer” dan lain-lain sudah cukuplah memberi gambaran akan tersusun rapinya perancangan hijrah
baginda demi mengelakkan dari dikesan oleh Musyrikin. Namun, apabila keadaan menyebabkan tiada lagi ikhtiar yang mampu dilakukan (ketika Musyrikin berada di hadapan gua), baginda tidak berasa gentar dan menyerahkan segalanya pada Allah semata. Kesimpulannya Rasulullah saw hanya menyerahkan sebulatnya pada Allah setelah setiap ruang ikhtiar telah diusahakan.

Praktikal

Kejayaan tidak datang bergolek,. Buat sahabat-sahabat sekalian, marilah melangkah ke medan perjuangan finals dengan keazaman yang baru dengan meneladani kesungguhan Rasulullah dalam berikhtiar. Fikirlah semasaknya sebelum kita melafazkan kalimah tawakal, benarkah sudah tiada lagi jalan ikhtiar, ataupun kita sendiri yang menutup jalan-jalan ikhtiar dengan benteng kemalasan?

Tepuk dada, tanyalah iman.

Mari sahabat!

BERUSAHA!!

BERTAWAKAL!!


Rujukan:

a) Dr Sa’id Ramadhan Al Buti, Fiqh Sirah
b) Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Sanggahan terhadap Salah Tafsir terhadap Islam
c) Peristiwa Hijrah menurut Riwayat Bukhari, www.darulkautsar. com

3 comments:

iu rf said...

salam..


nice blog..
nk link ye.. =)

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

salam kak ayu
danke
sila2..
aritu saya ke homburg.
tapi lawatan ke Bosch je
xsmpat nak melawat bndar Homburg. hhuhu~

iu rf said...

owh yeke..
knp x gtau..
kalu x leh singgah sini..
dkt da tu.. =)