terbang tinggi2

الله غياتنا
الرسول قدوتنا
القران دستورنا
الجهاد سبيلنا

الموت في سبيل الله اسمى أماننا

Wednesday, July 22, 2015

jom! : How i memorised the Qur’an in 4 months

https://fadhilazmans.wordpress.com/2014/11/13/how-i-memorised-the-quran-in-4-months/

Monday, June 8, 2015

TAE : LIGHTNING CONDUCTOR

http://farhan-albanna.blogspot.com/2015/05/jom-lightning-conductor.html

[JOM]: LIGHTNING CONDUCTOR


LIGHTNING CONDUCTOR
Di Amerika dan Australia, mereka memanggilnya lightning rod. Di U.K, mereka memanggilnya lightning conductor. Di Malaysia, saya pun tak tahu kita memanggilnya apa. Sebab, orang-orang kita ghairah bebenar nak menyebut sesuatu perkara itu menggunakan bahasa omputih, kerana konon speaking itucool, walaupun terserlah keMelayuannya dek mulut yang berbau budu dan sambal belacan.Pokoknya, lighning conductor (bisa juga disebut lightning rod, seperti yang telah diterangkan tadiadalah satu rod atau konduktor yang dipasang di atas sebuah bangunan atau menara, lalu disambungkan ke bumi menggunakan kabel pembumian. Ia dipasang, kononnya untuk melindungi bangunan itu daripada merasakan akibat panahan petir. Secara teori, begitu kilat mencari mangsa untuk disambar, ia akan menyambar lightning conductor berbanding memanah sang bangunan, yang bisa menyebabkan kebakaran berlaku, atau komponen-komponen elektronik yang terpasang pada sistem pendawaian bangunan itu seperti lampu, computer, televisyen dan sebagainya meletup. Konon, Benjamin Franklinlah yang mengilhamkannya pada tahun 1749, manakala Prokop Divis pula memperkenalkannya di Eropah pada tahun 1754. Rujuklah Encik Wikipedia, atau bergurulah dengan Syeikhul Google jika anda tidak percaya, atau masih dalam sebuah keraguan.
Saudaraku,
Kilat adalah satu fenomena alam yang kaya dengan tenaga elektrik. Cumanya, tenaga elektrik yang dimiliki oleh sang kilat adalah pada kapasiti yang sangat tinggi, dengan Voltan yang teramat tinggi, serta Arus yang maha tinggi. Ianya menjadi malapetaka bagi siapa yang terkena panahannya, seperti mana merananya Syaitan demikian merasakan penangannya.
Dikisahkan bahawa sebelum kerasulan Nabi SAW, Syaitan bebas mencuri dengar segala berita di langit. Namun, semuanya terhalang setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, lalu Iblis pun mengarahkan tenteranya mencari sebab kenapa mereka terhalang. Akhirnya mereka mendapati bahawa puncanya adalah kebangkitan Rasul akhir zaman. Nah, jika dahulu mereka bebas mencuri maklumat, kini mereka berdepan dengan lontaran panahan petir yang sentiasa mengekori. Semua ini kita maklumi menerusi firman Allah dalam surah Al-Jin.


`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya"
(Surah Jin [72]: 8-9)
Maka, musibah-musibah, ujian dan dugaan, halangan dan rintangan, semua itu sering meninggalkan kesan umpama panahan petir kepada manusia. Ianya menghasilkan kepiluan, kesedihan, keputus asaan, dan tidak ketinggalan juga tekanan buat insan. Lantas, bagaimanakah cara untuk kita mengatasinya?Tirulah konsep lightning conductor. Ia menyelamatkan sang bangunan, dengan cara "memandu" panahan kilat itu ke bumi. Lantas, insan, begitu ia diuji, begitu ia ditimpa musibah, begitu ia mendapat tekanan dan gangguan, halangan dan penderitaan, ia harus pantas mengarahkan dahinya untuk menyembah ke bumi. Sujud tunduk penuh patuh, dan penuh harap, pada Ilahi Rabbi. Merasakan kekerdilan insan, dan keagungan Izzati Rabbi. Itulah penyelesaiannya, itulah jalannya. begitulah cara menyelematkan jiwa seorang hamba, dengan kembali berharap hanya pada Dia Yang Maha Kuasa.
 
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
 
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

 
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Surah Al-Baqarah [2]:153-156)


Konon, ketika Nabi Ibrahim hendak dibakar di dalam api, Jibril datang menawarkan pertolongan. Apa jawab Ibrahim A.S?: "kalau pada engkau, aku tak perlukan pertolongan." Begitulah Ibnu Katsir melalui bukunya Qishashul Anbiya': Ibrah li Ulul Albab menceritakan pengharapan dan pergantungan total Nabi Ibrahim A.S kepada kekuasaan Tuhan, bukan pada Jibril mahupun mana-mana makhluk ciptaan Tuhan.
 I
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah ALLAH untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" (Surah Ali Imran [3]:173)
Amalkanlah prinsip yang digunakan lightning conductor dalam kehidupan. Bukan meniru gaya bas konduktor, yang mengutip wang daripada penumpang.
Ir. Faridul Farhan Abd WahabPengamal "Rusmul Bayan"

Tuesday, May 5, 2015

Tuesday, January 27, 2015

TAE : ROTATING MACHINE

http://farhan-albanna.blogspot.com/2015/01/jom-rotating-machine.html

ROTATING MACHINE 

Jika anda bertanya kepada para jurutera elektrik, kebiasaannya mereka akan mengkategorikan dunia elektrik mereka mengikut tahap Voltan sesuatu sistem elektrik itu, sama ada kategori Voltan rendah atau LV (Low Voltage), Voltan sederhana atau MV (Medium Voltage), atau boleh juga kategori Voltan Tinggi aka HV (High Voltage). Ini bermakna sistem elektrik yang digunakan di rumah-rumah adalah di bawah kategori LV, sistem pembahagaian dan penghantaran elektrik dari pencawang ke rumah-rumah berada di bawah kategori MV, sedang sistem penghantaran talian tinggi dan Power Plant, adalah di bawah kategori HV.

Jika anda tanya saya, sebetulnya pembahagian elektrik mengikut kategori, tidak terhad kepada tahap Voltan semata-mata. Kaedah lain untuk mengkategorikan dunia elektrik ini, adalah dengan membahagikannya mengikut jenis perkakasan elektrik itu, sama ada ia di bawah kategori static machinery, atau ianya sebahagian daripada keluarga rotating machine. Pembahagian sebegini, akan memudahkan kita tatkala merencanakan perancangan untuk membuatmaintenance dan bajet, kerana kebiasaannya mesin yang static "tidak banyak songeh", sedang rotating machine ini, tidak lepas daripada wear and tear. Contohstatic machine adalah seperti transformerswitchgear dan lain sebagainya,sedang contoh rotating machine bahkan melangkau ke alam mekanikal, seperti pam, compressor, fan, selain perkakasan elektrik seperti generator dan motor.Dek kerana pelbagai ragam yang ditimbulkan oleh pergerakan dan dinamika mesin ini, maka wajar jurutera yang berpengalaman dan berpengetahuan tentangrotating machine ini, adalah jurutera-jurutera yang sedang demand dan hangat di pasaran di dalam industri kejuruteraan kini. 

Saudaraku, 
Antara bahagian penting rotating machine ini, adalah bearing. Dan bearing,sifatnya tidak kekal lama. Ia kelak akan haus, lalu pudar dan punahnya akhirnya. Maka bagi para jurutera, ia sedar bearing tidak akan pernah kekal selamanya, lalu apa yang ia perbuat adalah merancang dan merencana bilakah masanya penggantian ataupun greasing harus dikenakan kepada bahagian yang memang sifatnya fana, wear and tear ini. Dan sebegitulah seharusnya kehidupan manusia.

Manusia, bukanlah sekelompok makhluk yang statik sifatnya. Sifat manusia yang dinamik, umpama rotating machine ini, tentunya menghasilkan friction-friction, geseran-geseran, yang "menghauskan" keharmonian perhubungan sesama. Kerana itu, para pencinta Islam harus sedar, mengharapkan kesamaan dalam cara dan lagak berfikir manusia,adalah satu angan-angan yang membuang masa semata-mata sifatnya. Oleh yang demikian para pencinta Islam harus menukarmind-set mereka, daripada mengharapkan persamaan fikrah semua manusia,kepada meraikan dan menguruskan perbezaan pandangan sesama insan. 

Pergeseran, penghausan, wear and tear adalah suatu yang pasti. Bagaimana kita mengendalikan maintenance itulah yang perlu bijak untuk diuruskan. Para pemimpin umat perlu bijak mengendalikan yang satu ini. Bukankah di dalam sirah an-nabawiyah, episod pergeseran dan pertentangan pendapat sesama sahabat turut terjadi? Tetapi lihatlah bagaimana An-Nabi SAW menguruskan"maintenance" bagi menangani kesemua itu daripada membarah. 

Syeikh Abbas As-Sisiy dalam karya agungnya Thoriq ilal Qulub merakamkan episod penting di dalam sirah ini. Di bawah tajuk "fitnah yang hanya mampu dihadapi seorang Nabi", cerita sekembalinya para sahabat daripada Perang Hunain disajikan buat muhasabah dan renungan kita semua. 

Kemenangan umat Islam datang bersama fa'i. Cumanya harta itu dibahagikan terutamanya kepada para tokoh kabilah yang baru saja masuk Islam, bahkan An-Nabi SAW memberikan puluhan unta kepada setiap daripada mereka. Hal ini menimbulkan kecik hati di kalangan sahabat Anshar, apatah lagi mereka tidak mendapat jatah hasil daripada harta rampasan perang ini. 

Dengan perasaan sedih dan terkilan bertapak di hati para sahabat Ansar, Sa'ad bin Ubadah menyampaikan kepada An-Nabi ketidak senangan kaumnya itu. Lalu Rasulullah mendatangi mereka, menyelamatkan "rotating machine" umat ini daripada "wear and tear" iman dan ukhuwah yang sememangnya pasang dan surut tabiatnya. 

"Wahai sahabat Anshar, saya telah mendengar tentang kalian bahawa hati kalian muncul segumpal perasaan yang mengganjal mengenai tindakanku membagi-bahagikan fa'i (harta rampasan perang). 

Wahai kaumku, bukankah aku datang kepada kalian pada saat kalian tersesat, lalu Allah tunjukkan jalan kepada kalian? Aku datang kepada kalian saat kalian melarat, lalu Allah berikan kekayaan kepada kalian? Aku datang kepada kalian saat kalian saling bermusuhan, lalu Allah satukan hati kalian?" 

Serentak, mereka (sahabat Anshar) menjawab; "Benar, Allah dan Rasul-Nya yang telah memberikan karunia dan anugerah." 

Tak semena-mena, Rasul bertanyakan lagi; "mengapa kalian tidak mau menjawab pertanyaanku, wahai kaum Anshar?" 

Mereka tencengang; "apa lagi yang harus kami jawab ya Rasulullah." 

Lihatlah jawapan An-Nabi yang mententuh hati, meluluhkan jiwa, mengembalikan iman ke tahap yang sepatutnya; "Sungguh demi Allah, seandainya kalian mau, kalian bisa mengatakan –dan kalian benar adanya- Engkau (ya Muhammad) datang kepada kami (kaum Anshar) dalam kondisi didustakan, lalu kami membenarkanmu. Engkau datang kepada kami dalam kondisi terabaikan, lalu kami menolongmu. Engkau datang kepada kami dalam keadaan menderita, lalu kami menampungmy. Dan engkau datang kepada kami dalam kondisi sengsara, lalu kami membantumu." 

Itulah suri yang memahami umatnya. Itulah teladan yang mengasihi jiwa-jiwa. Itulah panutan yang menebarkan kebaikan. Menmaintenancekan jiwa-jiwa yang rosak, lalu menggantikannya dengan keimanan dan persaudaraan yang baru, guna memastikan perjalanan dan peredaran "rotating machine" mengharungiperjuangan. 

"Wahai sahabat Anshar, apakah kalian dapatkan dalam diri kalian kecintaan akan sepotong dunia, yang saya gunakan untuk melunakkan hati suatu kaum sehingga mereka mau memeluk Islam, sementara saya sudah tidak meragukan lagi keislaman kalian? 

Wahai sahabat Anshar, apakah kalian rela bila orang lain pergi membawa kambing dan unta, sedangkan kalian pulang membawa Rasulullah? Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya tidak ada hijrah nescaya saya adalah salah seorang dari kaum Anshar. Seandainya seluruh manusia menempuh jalan di suatu lereng bukit dan kaum Anshar menempuh jalan di lereng bukit yang lain, saya akan melalui lereng bukit bersama orang-orang Anshar. 

Ya Allah, rahmatilah sahabat Anshar, anak-anak, dan cucu-cucu mereka..." 

Serentak, menangislah kesemua mereka hingga janggut mereka banjir dengan air mata. "Kami rela mendapat Rasulullah!" 

Nah, bagaimana pula dengan kita. Apakah kita turut sama, beroleh Ar-Rasul Al-Musthofa yang tercinta? 
        
Ir. Faridul Farhan Abd WahabPengamal "Rusmul Bayan"

Tuesday, August 19, 2014

reminiscence


Monday, March 3, 2014

Istikharah...


Sunday, November 3, 2013

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAH

http://drmaza.com/home/?p=1297

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI BERHIJRAHProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan: Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?

Nasir, Kuantan.

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

Wednesday, October 23, 2013

r.i.n.d.u. T.T


Sunday, October 20, 2013

z2h

chayyook!

Saturday, October 19, 2013

Grateful