اللهم اجعله في الفردوس الأعلى من الجنة مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين
اللهم واجعل قبره روضة من رياض الجنة وافسح له فيه ويسر عليه الحساب اللهم ثبته عند السؤال إنك على كل شيء قدير
الله غياتنا
الرسول قدوتنا
القران دستورنا
الجهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله اسمى أماننا
اللهم اجعله في الفردوس الأعلى من الجنة مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين
اللهم واجعل قبره روضة من رياض الجنة وافسح له فيه ويسر عليه الحساب اللهم ثبته عند السؤال إنك على كل شيء قدير
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Kita perlu berdamping dengan al-Quran sepanjang Ramadan; bahkan sepanjang hidup kita seharian.
Untuk mendapatkan manfaat terbaik dari al-Quran, adalah penting untuk kita memastikan kita menghampiri al-Quran dengan cara yang betul.
Dr. Khurram Murad dalam bukunya “Way to the Quran” telah meletakkan beberapa pra-syarat asas bagi kita mendapat sesuatu yang bermanfaat dari perhubungan kita dengan hidayah dari Yang Maha Pencipta ini.
Pertama: Hampirilah al-Quran dengan keyakinan yang mendalam bahawa ia adalah kalam Allah; Pencipta dan Pemilik Alam Semesta. Kitab ini bukan buku biasa tetapi ia adalah kitab hidayah dari Allah. Bayangkan keagungan Ilahi dan Rahmat-Nya menurunkan kitab ini atas belas ihsan-Nya kepada kita makhluk-Nya yang kerdil di dunia fana ini.
Kedua: Bacalah al-Quran dengan tiada tujuan atau niat selain dari untuk menerima petunjuk dari Allah, untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya dan untuk mencapai keredhaan-Nya. Apa yang kita akan dapati dari al-Quran akan bergantung kepada apa yang kita niatkan. Jika kita berniat untuk mendapat hidayah, maka itulah yang kita akan diberikan. Jika kita berniat membaca sekadar untuk keseronokan kajian ilmiah, itu juga yang kita akan perolehi. Jika kita berniat untuk menunjuk-nunjuk, maka sekadar itulah yang kita akan dapati.
Ketiga: Pastikan kita sentiasa sedar dengan nikmat al-Quran yang sedang kita baca dan besyukur kepada Allah ke atas pemberiannya itu. Apabila kita insaf akan nilai al-Quran yang berada di tangan kita, semakin mudahlah bagi kita menerima saranan, arahan dan pengajaran yang terkandung di dalam ayat-ayatnya.
Keempat: Terimalah dengan yakin tanpa sebarang keraguan setiap ilmu dan petunjuk yang terkandung di dalamnya. Dengan pasrah, penyerahan yang total, kita menerima segenap kenyataan dan arahan yang diberikan. Tiada bahagian di dalam al-Quran yang kita tolak sebagai tidak relevan atau tidak sesuai dengan zaman moden. Tiada tempat di dalam al-Quran yang bercanggah dengan ilmu sains yang sahih.
Kelima: Sediakan diri untuk memahami dan menurut segenap titah perintah di dalam al-Quran dan menukar cara hidup kita yang sedia ada jika perlu. Untuk memahaminya, maka perlulah kita cuba memahami bahasa Arab. Jika itu tidak mungkin, kita boleh membaca terjemahan, atau tafsir atau merujuk kepada pihak yang mempunyai ilmu mengenai itu.
Keenam: Sentiasa ingat bahawa Shaitan akan sentiasa mencari jalan untuk menghalang kita dari mendekati al-Quran dan menyebokkan diri-diri kita dengan hal-hal lain yang tidak memberi manfaat kepada dunia dan akhirat kita. Shaitan juga akan berusaha memalingkan kita dari cuba mamahami dan menghayati ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.
Ketujuh: Yakinlah dengan Allah yang akan membimbing kita ke arah mendapat pahala yang besar dari bacaan al-Quran kita. Dengan rahmat Allah-lah kita menerima anugerah al-Quran dan dengan rahmat Allah jugalah kita akan dibimbing untuk membaca, memahami dan memperolehi hidayah darinya.
Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk membolehkan kita memperbaiki kualiti bacaan al-Quran kita kali ini.
Mengambil sebab dan berusaha sangatlah penting, namun lebih penting jangan lupa pencipta kebaikan, berusahalah dengan penuh tawadhu’, dengan penuh rasa kebersaman dengan Allah sepertimana madah Junaid Al-Baghdadi pada suatu hari di zaman tabiin, seperti hari-hari biasa, mereka berbicara mengenai kecintaan kepada Allah (mahabbatullah). Masing2 meluahkan pandangan mereka mengenai kasih dan cinta kepada al-khaliq. Tiba giliran seorang lelaki paling muda antara mereka, pabila ditanya pendapatnya menngenai kecintaan kepada Allah,lelaki itu diam sejenak, pandangannya ditundukkan dan air matanya mula bergenang. Beberapa ketika, dia mengangkat wajahnya seraya bermadah dengan suara yang tersekat2 menahan sendu…
قائم بأداء حقه
ناظر في قلبه
وإن تكلم فبالله
وإن نطق فعن الله
وإن تحرك فبأمر الله
وإن سكن فمع الله
فهو بالله لله مع الله
Seorang hamba pergi meninggalkan nafsunya,
Sentiasa terikat dengan zikr tuhannya,
Sentiasa segera menunaikan hak-hak-Nya,
yang melihat tuhannya melalui hatinya.
Jika dia bercakap, maka dengan Allah, (dgn nama Allah)
jika dia berkata-kata, perkataannya hanya tentang Allah,
jika dia bergerak hanyasanya dengan perintah Allah
dan jika dia berdiam diri, dia tetap bersama Allah.
Maka jadilah dirinya dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.
"Janganlah kamu melakukan maksiat pada waktu siang, nescaya Allah akan membangkitkan kamu di hadapanNya pada waktu malam. Sesungguhnya berdirinya kamu dihadapanNya pada waktu malam adalah antara kemulian yang besar dan penderhaka (yang melakukan maksiat) tidak berhak atas kemuliaan itu"
"Dosa mu telah mengikatmu"