terbang tinggi2

الله غياتنا
الرسول قدوتنا
القران دستورنا
الجهاد سبيلنا

الموت في سبيل الله اسمى أماننا

Monday, September 1, 2008

repost : salam perantauan

ak tulun forwardkan pjah nye :

Salam Ramadan
Saya NORHAFIZAH ABD RANI, wartawan akhbar KOSMO! (www.kosmo.com.my......), Utusan Melayu di Kuala Lumpur ingin mempelawa pelajar-pelajar Malaysia yang belajar perantauan untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada kenalan ataupun saudara-mara yang berada di Malaysia menerusi kolum 'Salam Aidilfitri' yang akan disiarkan dalam akhbar kompak itu sepanjang bulan Ramadan ini.

Mereka yang berminat bolehlah mengirimkan ucapan ke alamat emel saya iaitu psyduck_fieza@yahoo.com dan terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipenuhi.

Antaranya termasuk:
1. Lampirkan sekeping gambar di perantauan
2. Sertakan juga profil pendek mengenai diri pengirim seperti Nama, Universiti,umur, jurusan, tempat kelahiran.
3. Ceritakan juga pengalaman beraya atau berpuasa di sana, memori di perantauan (baik yang lucu mahupun sedih), mungkinkah dalam bulan mulia ini, ada yang teringatkan kuih raya atau lagu raya yang tertentu dan sebagainya.
4. Jika ada perkara menarik tentang tempat perantauan yang ingin dikongsi bersama, sudi-sudikanlah saudari/saudara berbuat demikian.
KOSMO! mengalu-alukan penyertaan Salam Aidilfitri daripada pelajar Malaysia mahupun mereka yang bekerja di Ireland atau mana-mana negara di dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di alamat emel

psyduck_fieza@yahoo.com

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
hafizah

No comments: