terbang tinggi2

الله غياتنا
الرسول قدوتنا
القران دستورنا
الجهاد سبيلنا

الموت في سبيل الله اسمى أماننا

Wednesday, November 12, 2008

tanam bunga =)

Bismillahirrahmanir ahim

Saya suka menanam bunga..

Dahulu..
AKu selalu melihat si penanam bunga..
Sabar, rajin..tetap di tamannya..
Pernah, aku terlihat si penanam bunga menangis..
Mungkin bunganya tidak kembang bugar..atau bunganya menyeri taman penanam lain..
Rutinnya..aku melihat si penanam bunga..
kerap tersenyum..tiap kali menyiram bunganya dgn air mawaddah dan baja taqwa..
Sibuk betul si penanam bunga..tak pernah merungut..
Katanya, "sekuntum bunga ini nilainya seribu ummat..
Biar penat, aku tak ingin berehat..
Allah janjikan aku sesuatu.."
Apa itu? Tanya diriku ingin tahu..
Jawabnya."mari kita meyemai benih..pasti satu hari kau akan tahu.."


Aku..aku juga ingin menjadi si penanam bunga..
Walau tidak sehebat siapa-siapa. .
Aku ingin Allah memberi janjiNya kepadaku..
Bila tika aku penat..jiwaku inginkan rehat..
Tapi sekilas pandang ke arah bungaku, aku kembali tekad..terlupa akan penat..
Keindahannya, harum baunya..
Ya, bunga-bunga ini bakal penyeri umat..
Lalu aku bangun, menyeka peluh..terus membelai..

Sunnah dunia..
Hidup hanya sekali sahaja..
Rugilah siapa-siapa yang tiada sumbangan di dunia..
Hilang namanya ditelan usia..

Sunnah dunia..
Hidup hanya sekali sahaja..
Rugilah jika banyak rehatnya..
Sedang akhirat bergelut di neraka..

Sunnah dunia..
Penat si penanam bunga..
Hilang, melihat bunga-bunga. .
Harum mewangi..
Mengisi alam maya..

-Langkah bermula, kuatkan jiwa, banyakkan doa-


Salam sayang yang tidak terhingga
-Qurratuain@ Limerick-

4 comments:

Cik Puan Berangan said...

suka sangat

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

saya pon!! =)

Anonymous said...

harap bunga akan terus kembang mewangi memberi ilham pada si pecinta alam.

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

insyaAllah.. =)