Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.
Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.
Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pakcik.
Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda.
Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati.
Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik lagi.
Ketiga, kuat fizikal.
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
from mar
Subject: fwd : pesanan hidup
Message: 3 surah & 3 kekuatan
sama2 manfaatkan, insyaAllah. =)
7 hours ago
4 comments:
salam..
kat jerman ye? belah mana?dekat tak dgn frankfurt?
eh..dok maahad hamidiyah?kenal auni syamilah?
salam.. aah, saya kat Offenburg 1.5 hrs nak g Frankfurt.
Auni Syamilah, macam pnah dgr nama tu kat maahad dulu. Junior saya kalo xsilap. =)
baru balik rumah,dah tunjuk blog ni kat auni.ye, ur junior.auni tu adik akak.
akak tgh plan nak ke frankfurt hujung bln ni.ikut suami kerja.ada cadangan tpt2 menarik yg sennag nak pergi?bila cari2, byk museum. kalau ada tpt2 menarik kat sekitar,boleh la bgtau ye.tq
owhh ye ke..auni kat mana ye skarang? ingat2 lupa dia yang mana satu..
hmm, lama ke akak kat germany?
kalo dekat2 dengan tempat saya ada highest waterfall in germany, kat Triberg.
Europapark(macam theme park) kat Rust.
n saya dok dekat ngan border France. Kalo nak gi Straßburg kat France lebyh kurang 30 mnit naek train.
Kat Frankfurt saya xtau sangat tempat2 dia.
Nanti ada masa, meh la singgah sini skali. =)
Post a Comment