terbang tinggi2

الله غياتنا
الرسول قدوتنا
القران دستورنا
الجهاد سبيلنا

الموت في سبيل الله اسمى أماننا

Sunday, October 26, 2008

a weekend wif sisters

really had a good time!

i'm (not just me, all of us ya) supposed to do a summary about what we have got on that day..
ehrlich sagen, ich habe viellll damit gekriegt.
insyaAllah, i'll share it in this n3 when i am finished with it.

ok, here it goes..
alhamdulillah, kak izzah & kak di sampai di offenburg jam 12tengahari sabtu.

Herzlich Willkommen in Offenburg! =)

lama juga perjalanan dari cork ke offenburg ni. Diorang transit di Stansted, bermalam kat situ sebelum amik flight ke Karlsruhe. Jauh tu perjalanan..
Turun je bas dekat dengan hostel, jumpa jugak semua y laen.
Zura, Nad & Jin Xing baru abes shopping kat Stadt, Ayu baru sampai dari Schwenningen.



As appetizer (konon2, sementara tunggu masak nasik) kitorang makan choc cake, roti jala, n cookies dulu. pastu baru nasi putih, sayur goreng & of course la dengan kari daging roti jala tadi. (maaf semua, nasik lambat masak + lauk tu je y ade)
abes makan, solat jemaah sama n bermula lah dengan pengisian.

mula2 ta'aruf sorg2. n firstly kak izzah bagi apakah y ade dalam usrah tu sebenarnya.
takaful : bantuan, saling bantu-membantu sesama kita
tafahhum : fahami, faham & support each other

be the best of each other
=)

nak kongsi jugak summary dari apa y kitorg sama2 dapat sabtu lepas.
ada kurang ke tersalah ke tulun tmbah n btulkan ek. =)

o Faham + aplikasikan ayat alQuran
o Hadith(sabda rasulullah)-menerangkan dan menguatkan ayat alQuran
o Sunnah- apa y rasulullah buat. Sunnatullah (ketentuan Allah)
o Daripada hdith ke 6 mengenai hati

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a
‘….Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad Ketahuilah ia adalah hati.’

o Pastikan hati sentiasa bersih, baca Quran-fahamkan dengan hati
o Buat amalan xmengapa sedikit, tapi biarlah istiqamah-berusaha untuk konsistent
o Fahamkan siapa diri kita yang sebenar – a Muslim student!
o Tahu asal usul dari mana, fahami sejarah dari mana asal kita
o Bermula dari terciptanya nabi Adam, dan nabi2 seterusnya hingga lah sampai nabi Ibrahim yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang jugamenjadi nabi, iaitu nabi Ishak dari isterinya Siti Sarah, dan nabi Ismail dari Siti Hajar.
o Nabi2 selepas mereka hingga nabi Isa adalah dari keturunan nabi Ishak, tetapi hanya nabi Muhammad (nabi y terakhir) adalah dari keturunan nabi Ismail.

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata:
Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata! 61:6

o Kaum yahudi xterima nabi muhammad sebab Muhammad bukan dr keturunan mereka,
o Nabi2 diturunkan kepada setiap kaum untuk membawa kaumnya ke jalan y benar–mentauhidkan Allah
o Tugas manusia di muka bumi Allah ini adalah untuk menghambakan diri padaNya dan sebagai khalifah yang mentadbir, menguruskan apa disekeliling kita.
o Penyebaran Islam oleh nabi Muhammad adalah selama 13 tahun di Mekah (3tahun secara sembunyi dan 10 tahun secara terang2an) dan 10 tahun di Madinah

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 26:214

Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila. 15:6

Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. 38:4

o Dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi semangat menympaikan Islam sangat tinggi. Kemudian diteruskan oleh Khulafa’ ArRashidin (Abu BAkr, Umar, Usman, Ali). Penyebaran Islam semakin berkembang lagi hingga pada era Uthmaniyyah. Perluasan agama Islam sampai ke Rom, Afrika Utara dan seterusnya Andalusia.
o Pada zaman Abassiyah Islam mencapai kegemilangan dengan berkembangnya Islam dalam bidang Ilmu, penyelidikan dalam semua lapangan, temasuk perubatan, matematik etc.
o Sistem pendidikan yang mementingkan pendidikan alQuran sejak kecil melahirkan Imam2 y tersohor seperti Imam Abu Hanifah dalam bidang AdDin serta Imam Bukhari dan Tarmizi dalam bidang Hadith.
o Berlaku kejatuhan Islam pada zaman tersebut akibat diserang tentera Monghul, disebabkan semangat jihad yang semakin kurang pada zaman Khalifah Mu’tasim
o Baiba telah berjaya menjatuhkan Monghul (perang Ain JAlut) di Palestin

Era Abassiyah 2


Turki Uthmaniyyah 1453
-Muhammad AlFatih, Sultan Muhammad II


Perang Salib (100 tahun)


Perang Hittin
-Salahuddin AlAyubi lepaskan Palestine dari Kristian


Perang Dunia ke2
-serangan pemikiran


7 faktor kejatuhan islam
1. percakaran politik, perebutan kuasa
2. Perselisihan hukum fiqh-hilang roh Islam
3. peralihan kuasa
4. abaikan ilmu tech. & sc – abiskan masa dengan ilmu falsafah y tidak berfaedah
5. banyak bermwah2 & bersenang2
6. pemerintah tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat
7. tertipu dengan helah musuh2 islam


Kesimpulannya:
Ambil iktibar dari sejarah. Baiki diri, show the real Islam
-berdakwah, smpaikan kepada orang laen


insyaAllah, moga bermanfaat pada semua..
datang la Offenburg lg, sgt mengalu2kan kedatangan semua ke sini lg.. =)

back row : kak izzah, nad, janna, su
front row : ayu, zura, kak di


after having dinner, prepared by chef kak di =)

ahad tu, g Straßburg dengan kak izzah & kak di.. sangat best, walaupon almost 5x dah g sane!
g europeen Parliament, Musuem, Bibliotheque etc.. jalan2 naek tram.. =D
nanti send gambar ye kak di! =)

4 comments:

Anonymous said...

sharing is caring, babe :D

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

genau! =D

Anonymous said...

salam jana
bestnye entri ni
ak de exam titam -tamadun islam n tamadun melayu nx week
bce n3 ko mcm bce buku
huhu
syukran jazilan

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

@majid : salam majid..alhamdulillah, moga bermanfaat.. =)